Blogger Widgets

Thursday 21 March 2013

Munajat ILALLAH

Terkadang aku terleka bahaa di dalam dunia ini tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t Aku bersyukur kepadaMu ya Allah akan segala nikmat yang engkau curahkan kepada ku...dengan izinMu ya Allah aku melafazkan syahadah dengan penuh tulus ikhlas dari lubuk qalbu yang tersirat dalam badan ku ini...Ya Allah...sekali lagi aku menadah tangan bagi merafa'kan kesyukuran terhadapMu atas kasih dan sayangMu kepada hambaMu yang kerdil ini...aku sedar bahawa diriku bukanlah sehebat mana...jika aku merasakan diri ini terlalu hebat...kau bimbinglah aq ke jalan yang benar dan engkau redai...aku tahu tiada tuhan yang layak disembah melainkan engkau TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...dan aku tahu bahawasanya aku tidak layak untuk menghuni syurgaMu kerana sebagai insan yang kerdil ini telah banyak melakukan khilaf terhadapMu...Jadi aku sekali lagi menadah tangan kepadaMu ya Allah...aku pohon keampunan dariMu...tiada tempat untuk aku mengadu melainkan engkau yang lebih memahami isi hati hambaMu...bukan mudah untuk aku memikul amanah yang besar ini ya Allah...akan tetapi aku takut dengan ujian yang engkau berikan kepada ku...dan dengan izinMu ya Allah aku akan cuba menghadapi ujian yang engkau berikan kepada ku...jika aku alpa dan terleka serta terpesong dari landasanMu ya Allah...engkau bantulah aku untuk menuju ke arah yang benar...tidak salah jika aku ingin mengidamkan syurga sebagai tempat tinggal aku suatu hari nanti di hari akhirat...ku biar kalam berbicara...merentasi ranjau kehidupan...usaha demi usaha akan membuahkan hasil yang lumayan...insyaAllah ....di kesempatan ini aku bermunajat kepadaMu dan aku bermuhasabah diri untuk mengenalpasti di manakah silapku serta di manakah khilaf ku...dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...aku membuka hati ku untuk aku bertawada' insyaAllah~

Friday 28 December 2012

Renungan Sejenak


Kita berenung seketika...tentang apa?
tentang senyum~ :)
seperti yang kita tahu bahawasanya senyum itu adalah sedekah.Selain itu juga senyum itu adalah suatu komunikasi.Ianya bagaikan hadiah ataupun pemberian secara percuma.Haa!! dan tidak memerlukan sebarang urusan jual beli *tak guna duit pon #save dan tak ade "price tag".Jadi, apabila kita melemparkan senyuman suatu perkara yang merunsingkan fikiran anda secara automatik anda dapat menenangkan fikiran itu.Akhirnya,anda akan perolehi keputusan yang amat bijak! cukup sekadar itu..
^_^

Kata-kata hikmat

~kesabaran yang mendahului kesakitan dan penderitaan akan diganjari kebaikan yang melimpah dari Allah S.W.T.

~ketika jiwa kita merasa sesal...kecewa...mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan....ketika harapan dirasakan tiada lagi...maka Allah adalah tempat kita bergantung harapan...ingat! Allah islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan.
Di mana saja kita berada,bangsa apa kita,keturunan apa kita, siapa ibu bapa kita,siapa saja nenek datuk kita...jika kita ingin berhubung dengan Allah S.W.T atau sembah kepada Allah maka tidak pernah ada halangan.

^_^




Thursday 27 December 2012

Somewhere over the rainbow

Berdasarkan tajuk beekenaan...*STOP!! chewaah!! macam nak berkarangan lah pula.#kiki.Act,nak kongsikan satu perkara bersama anda semua tentang PERSAHABATAN...tahu? Saya rasa anda di luar sana mesti mempunyai pandangan atau perspektif tentang erti PERSAHABATAN...begitu juga dengan saya...saya ada kawan yang amat saya sayang sekali...dan sudah pastinya saya akan menitiskan air mata kerana sahabat itu bermakna bagi saya...bagi diri ini yang ketika mana sedang resah gelisah..sedih...hampa...tiada tempat untuk mengadu...siapa lagi kalau bukan ke lima-lima sahabat saya...merekalah tempat saya mengadu masalah...ok dah sekarang ini saya ingin memperkenalkan seorang demi seorang sahabat duniawi ukhrawi...

haaa...inilah sahabat pertama saya di mana saya berkenalan dengan beliau since saya masih form 1...ketika itu beliau setahun lebih tua dari saya..*form 2 lah maknenye...beliau seorang yang periang/gembira..akan tetapi kadang-kadang bile dah start hangin dia...jangan cari pasal...silap-silap kena penangan mulut...*marah..hihi...beliau yang daku maksudkan itu adalah yang bernama Muhammad Redzuan Bin Kamal Rusalan...tapi kan sedih lah...salah seorang daripada ahli kami sudah meninggalkan kami...yakni beliau yang daku maksudkan...kehilangan beliau adalah sesuatu yang amat menyedihkan...bayangkan jikalau mula saja sesi persekolahan...kami tercari-cari...di manakah gerangan kamu...akan tetapi we'll try the best!!! WAN!! semangat kau kami bawa sampai bila-bila...kita kawan.. <3




 menyusul pula dengan orang yang kedua..jyeah...sahabat yang saya sayang...*orang kepercayaan uh ^_^...beliau pula merupakan seorang suka bergurau dengan kami...akan tetapi...beliau juga sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan adik-adiknya di sekolah mahupun di asrama...terutamanya...Sayalah orangnya...hihi...saya juga sering dinasihati beliau...dan nasihat beliau amat berguna sekali tetapi terpulang kepada diri yang menerimanya...saya mula rapat denga beliau ketika kami di tingkatan 2...and segala asam garam dalam sebuah persahabatan di antara kami semuanya telah kami lalui...beliau yang daku maksudkan itu yang diberi nama Muhammad Faizzudin bin Rosli..korang semua boleh panggil beliau Paeiz@shaiez ok *shaiez..huhu
Inilah antara gelagat kami dan ianya merupakan satu hobi kami semua di mana kami ini kuat bergambar...posing sana sini...huhu..yang ini semasa di butik PADINI...sambil menunggu kawan kami yang lain memilih pakaian sempat kami "berposing"
ngeh3 :3

Senyuman yang membawa seribu erti~ inilah orang yang ke tiga yang saya kenali...berikutan dengan "statement" berikut...saya mengenali beliau since kami form 3 benar bukan?
di saat itu saya rasa terpanggil untuk mengenali diri beliau dengan lebih dekat dan saya cuba untuk memahami beliau...*in process...hehe..beliau juga seorang yang amat awesome...bila kami berlawak/gurau senda...terkenang akan gelak tawa senyum manis semanis kurma seikhlas hati...bercanda pabila kami berkumpul...
and the most thing yang paling anda semua ingin tahu...beliau rajin baca Quran~
beliau yang daku maksudkan adalah yang bernama
Muhammad Naim Bin Shamsul Kamal

^_^

berikutan dengan orang yang ke empat yang saya rapat...seorang yang paling periang..antara yang paling periang di antara kami semua...huhu...sangat best...


                Beliau yang daku maksudkan itu adalah yang bernama 
               Muhammad Firdaus bin Kahar...
memang AWESOME lah kau firdaus...aku sayang kau ketat-ketat...
dia juga bijak dalam gajet-gajet ...senang cerita lah kan beliau pandai dalam ICT...huhu...the best r...


Gambar semasa majlis hari jadi paiez@shaiez di mana saya tidak dapat turut serta kerana sakit yang tidak boleh dielakkan...
#kne chicken pox..hehe...eh2..ade sorang budak yang berbaju kuning tuh...huhu...beliau adalah Muhammad Hafiz bin Mohd Ali
sanggup berkorban masa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan walaupun beliau sudah meninggalkan sekolah iaitu berpindah ke sekolah baru...sedih bukan...cuba anda bayangkan bagaimana jika salah seorang dari rakan karib anda berpindah ke sekolah baru...sedih bukan?erm.. ;'( tetapi beliau masih lagi di hati kami..huhu..yang pompuan itu adalah guru kesayangan kami...antara guru yang paling kami rapat yup!!
^_^

 The best moment!!
^_^
memori terindah...

Ini sajalah saki baki yang tertinggal...akan tetapi di saat itu
Kami Adalah Satu!

Walaupun hujan yang membasahi pipi ini yang mungkin tidak membawa apa-apa impak kepada anda semua tetapi bagi diri yang hina ini amatlah daku hargai saat-saat riang kami bersama suka dan duka
kami harungi bersama
~itulah sahabat~




AyieBard ^_^


Assalamualaikum w.b.t.
terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri ini
ehehm2*testing*
Sesuci kasih ibu 
Seteguh kasih ayah
Nama diberi Ahmad Asri bin Badrun

So,dah kenal kan? ^_^
erm...before that,I want to thank kepada anda semua yang sudi untuk membaca/melihat/mendengar apa yang ada dalam blog saya yang 
tidak seberapa ini..tapi..cantik la juga...kikiki
nampak gampar yang kat atas tu? la yang kat atas tuh la...haaa...nampak kan~
That's me ;)
korang semua boleh panggil saya Asri/Ayie
lagi satu,nak minta maaf kepada anda semua kerana blog pertama saya terpadam...hehe..entah la kenapa...tertekan kot...
BTW salam kenal dariku~insan yang kerdil di sisi Ilahi